Oct 3, 2007

013 - Lailatul Qadar


 

 

Kehebatan Malam Al-Qadr 

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, 'Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi.  (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-  

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang,  rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

 

Imam Al-Qurtubi mencatatkan 

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki  (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan)  ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.

Ustaz Zaharuddin




Posted by nisagombak at 01:25 pm
Make a comment




012 - SEGMEN TOKOH : Zainab Al-Ghazali


ZAINAB AL-GHAZALI

Dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917, berketurunan Umar Al-Khattab dan Hasan bin Ali bin Abi Talib. Anak kepada seorang ulama' lulusan Al-Azhar. Pada permulaan beliau merupakan peuang aktivis Islam dan aktif di dalam pergerakan feminis dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir ( Egyptian Feminist Union ) yang diasaskan oleh Huda As-Syarawi pada tahun 1923. Pada tahun 1936 di usia 18 tahun, beliau menubuhkan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hall ehwal dan aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam.

Pada permulaan penubuhan Ikwanul Muslimin oleh As-Syahid Hasan Al-Banna, as syahid meminta beliau mengetuai bahagian wanita di dalam ikhwan namun beliau menolak tawaran tetapi menyatakan kerjasama . Namun setelah ikwan diharamkan pada 1948, Zainab Al-Ghazali telah berbaiah kepada As-Syahid Hasan Al-Bana untuk bersama memperjuangkan daulah Islamiyah. Malangnya pada As-Syahid Hasan Al-Bana telah gugur syahid dan kesedihan hati Zainab tercoret di dalam bukunya Hari-hari dalam Hidupku, beliau kemudian menyambung perjuangan Hasan Al Banaa di mana diganti oleh Hasan Al-Hudaibi. Walaupun ikhwan bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naseer sekitar tahun 150-1960 an.

Dalam temuramah di rumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, beliau berkata :

" Islam telah menydiakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya kebebasan, hak ekonomi,politik,sosial,hak awam dan juga persendirian. Islam memberikan hak wanita di dalam keluarga leibh daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian, Yahudi dan juga pagan tetapi di dalam Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam memberikan mereka semua hak-hak mereka. "


 
Zainab Al-Ghazali menyakini tanggungjawab agama dan sosial apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Di dalam buku ' Hari-hari Dalam Hidupku - Ayyam min hayati , diceritakan bagaimana suami beliau yang kedua membenar dan menyokong perjuangan belaiu walaupun berasa bimbang. Beliau menekankan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada suami,keluarga dan anak-anak walaupun beliau merupakan sayap kanan kepada perjuangan ikhwan. Beliau amat kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong oleh mereka pada mulanya namun dikhianati oleh Jamal Abdul Naseer. Beliau menyatakan bahawa rejim Jamal Abdul Naseer adalah musuh kepada Islam. Setelah begitu ramai pemimpin dan penyokong ikhawnul muslimin di tangkap dan dihukum mati, beliau mendahului pergerakan menolong isteri,janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh.
Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan gerak kerja secara rahsia mereka, ikhwan diserbu pada tahun 1965, ikhwan dan akhawat semuanya ditangkap dan dipenjarakan. Pada masa ini jemaah wanita ikhwan dibubarkan. Beliau dibicarakan bersama yang lainya pada tahun 1966, dab oada tahun 1971 beliau dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Naseer dan diganti oleh Anwar Sadat. Dan beliau terus sahaja menerukan perjuangan untuk menegakkan daulah Islamiyah di bumi Mesir.

Zainba Al - Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 3 Ogos 2005 , ketika berumur 88 tahun. Beliau menghabiskan umurnya dengan memperjuangkan agama Allah dan menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang muslimin dan muslimat kini. Beliau juga menjadi bukti bahawa islam membina pejuang-pejuang wanita di jalanNya. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada beliau. ameen.


 




Posted by nisagombak at 12:21 pm
Make a comment


Sep 26, 2007

010 - RENUNGI HIJAB KITA


 

HIJAB MUSLIMAH

MARI RENUNGI BERSAMA NISA' GOMBAK

1. KESALAHAN BERHIJAB

2. KESALAHAN BERHIJAB

3. KESALAHAN BERHIJAB




Posted by nisagombak at 04:20 pm
Make a comment




009 - Program KRIS


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ustaz Zamri bersama peserta KRIS

 


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Adik-adik KRIS bergambar bersama INTEAM

 

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

 NISA Gombak bersama bersama perserta KRIS




Posted by nisagombak at 02:17 pm
Make a comment




008 - REVERTED STORY : Sister Anonymous


Let me start this revert story to let you know this is A true blessing for me to come to Islam and to find Allah of whom whether I know it or not was searching for since i was a small child. I will share with u some brief past to let you know who I use to be and how Allah has brought me to a Strong, humble, Muslimah.

You see when I was a small child up until one year ago, my family never taught me about God or had me in church ever or anything that had to do with religion. I grew up believing there was no God and I did anything as I like because nothing seemed a sin in my family. U could almost say I was a spoiled brat and I did what I wanted whenever I wanted and no one cared to be honest.

I had no discipline or certain way to be. As you can tell this lead me down a very bad sinful life. After my parents divorced at the age of 7, it was all downfall from there. After that I grew up with a mother who had mental issues and a very bad alcohol problem and many men problems as well. She let bad things happen to me with her ex husband so I began to rebel at an early age because at the time I hated her and her husband for this.

I started hanging out with so called friends,partying, and so on. I even began to drink at the age of 13 because things in my house had become so bad in my house and my mother and step dad always drank so I thought it would help my problems and make them go away. Of course it did'nt. I had nothing to believe in so I livedday after day doing this. I started having boyfriends at the age of 13 as well and it was fine with my family almost an ordinary thing for them. It was'nt before long I became pregnant at the age of 15 with my then boyfriend in high school. I had baby at 16 and when I graduate at the age of 18 my son stayed withthe father and his parents while I went to another state and attended school. Then I seemed liek a teen all over again and I had fun while I attended school but the wrong kind of fun as you can see. I did what I wanted to do again.

I had a job, went to school, had my own place andmy own money so it seemed no one could tell me what to do. I thought I knew everything. I met a new man and I got pregnant and so we married and I quit school. Needless To say, he had affair after affair on me and by the time my son was born he left me for another woman and another baby. So there I was at the age of 19, single parent, alone, and depressed. I decided to make some changes in my life. This was some type of turnign point for me. I calmed down completely. I went to school, went to work and lived for my kids. I felt there was somethign missing though. I wanted to know God at this point. I wanted to have that happy feeling of believeing in him and so on. So I started going to church. I did'nt find a sense of belonging there and I did'nt believe in what theywere preaching to me about this trinity and about Jesus being the begotten son of God. So i stopped attending and a year later I started joining the Kingdom Hall at the age of 20. But somehow this just was'nt right for me either.

I did'nt feel God and I did'nt have the feeling or anything. I did'nt believe. So i went there still yes but only to have something to belong to in front of peaopl. I knwo this sounds wrong and it is but at the time I did;nt want anyone to know I did'nt believe in God and all soi just attended to attend. It was at this point I really began to feel that there was no God. Here I was just turned 21 and I did'nt feel anything so I started thinging maybe he was just made up in many religions for people to have something to believe in. You knwo what is amazing is that that whole time I was searching for God and then someone came to me. I met this woman. Very different then most woman i communicated with. She always dress so strangely to me. She interested me eventhough it seemed we had nothing in common. I asked her oneday why she dress this way and why she dont shake hands with the men that come in the building and she say very humbly "because I am muslim and I love Allah". I thought this was almost funny to me. I was like yeah ok sarcastically.

She would always try to offer me books after that and I would take them btu wouldnt read them like she wanted me to I'm sure. Then oneday. I was really bored and I said why not. I got nothing to lose it seemed so I picked one book up and started reading it. It really had my attention. I wanted to learn more so I asked her for more. Then I found myself getting on the internet and reading and goiong to Islamic rooms to find trur muslims and see there input on things.I read and I read and this knowledge made sense to me. It was clear. The message was clear to me. It felt right. Would you nelieve one night I woke up in the middle of the night.Wallahi I had this sudden happy feeling. I was emotional. I was happy. Happy as I could ever remember being happy. I was crying Allah's name. He was and is my God. I found him.I felt him near at that point.

I couldnt explain the way I felt honestly and to this day I still cant exp[lain how happy I felt at that moment. Through all the years of emotional abuse, sexual abuse, mental abuse, and through all my life and sins there HE was. Do you know this is such a wonderful thing for me. Think how Allah has changed my life. I cover and in hijab everyday, I am married to a muslim man and he love me dearly and take care of me and my children, and I am the happiest I have ever been. All Praise is due to Allah..Ameen...

Anonymous June 16, 2006

Source this story from www.spaceofilmu.blogspot.com




Posted by nisagombak at 12:57 pm
Make a comment




007 - Sajak : Pesan Terakhir oleh Sayid Qutb


PESAN TERAKHIR

Sahabat

Andainya kematian kautangisi

Pusara kausiram dengan air matamu

Maka di atas tulang belulangku yang sudah luluh

Nyalakanlah obor untuk umat ini

Dan lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat

Kematianku hanyalah suatu perjalanan

Memenuhi panggilan kekasih yang merindu

Taman-taman indah di syurga Tuhan

Terhampar menanti

Burung-burungnya berpesta menyambutku

Dan berbahagianlah hidupku di sana

Sahabat

Puaka kegelapan pastikan lebur

Fajarkan menyingsing

Dan alam ini akan disinari cahaya lagi

Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya

Jangan gentar berkelana kea lam abadi

Di sana cahaya fajar memancar

Sayyid Qutb

1966




Posted by nisagombak at 12:33 pm
Make a comment


Sep 20, 2007

004 - Nisa' Bowling 2007 Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


 

Nisa' Gombak telah mengadakan Pertandingan Bowling yang berlangsung pada 9 September 2007 bertempat di KKlub, Taman Melawati.


 

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pemenang Bergambar Bersama Nisa' Gombak

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Salah Satu Aksi Dari AJK Nisa' Gombak

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

AJk Nisa' Bowling 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket




Posted by nisagombak at 01:55 am
Make a comment


Sep 19, 2007

006 - Majlis Khatam Al-Quran


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Majlis Khatam Al-Quran bersama Nisa' Gombak akan di adakan pada 30 hb September 2007 bersamaan 18 Ramadhan 1428 Hijrah di Villa Nisa' . Semua muslimat di jemput hadir. Insyallah sama-sama kita menjayakan aktiviti tadarus Al-Quran dan Majlis Khatam. Sebarang pertanyaan sila hubungi Yani ( 013-2667233 )




Posted by nisagombak at 06:19 pm
Make a comment




005 - Cerpen Ramadhan


 

Oleh : Hidayah

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah, assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. MP3 player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.

"Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah ini.." Najwa mengeluh sendirian.

Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal"

Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.

"Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)" Riwayat Abu Dawud, Ahmad.

Najwa singgah duduk di satu "bench" di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.

"Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan". Dalam Najwa mengulangi doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:

Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?

Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya.

Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat "excited" kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, "Best la tazkirah kak Najwa…"

Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.

Najwa tersentak… Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin.

"Oh.. di situlah silapnya… Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini… Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku"

Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar. Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelematkan Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh.

Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan "dakwah"nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi..

"Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?"

Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar… Dia telah melupakan dirinya sendiri. "Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada kadar sekelip mata," Najwa berharap.

Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.

Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.

Najwa terkedu.

"Hah! Termenung apa tu!" Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.

"Awak ni, terkejut saya tau!" Najwa mencebik.

"Alah.. maaflah.. Assalamualaikum" Hayati tersengih sambil beri salam.

"Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak" Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.

Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, "Kaifa imanuki? (Apa khabar iman kamu?).

Hayati senyum, "Alhamdulillah.. Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!"

Najwa sambung lagi, "Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!"

Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. "Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah"

"Surah Al Ma'un ayat 4-5."

"Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?" Hayati buat soalan KBKK pula.

"Alah, mana la saya tau… Awak citer je la" Najwa malas nak fikir.

"Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap "iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka".. "Kalau tengok perkataan Arab 'an solaatihim, bukannay fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela"

"Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena amar ma'ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the halaqah to begin with?" Hayati berkata.

Najwa tertunduk. "Jazakillah ukhti…"

Hayati berkata, "Awak ni cam ade problem je……"

Najwa melarikan pandangannya, "Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat."

Hayati berkata lagi, "Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, sapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk"

"Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya..

..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman "wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu"

You know what, Najwa…Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah" Hayati mengusap-usap kepala Najwa.

Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!

Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah.

Sumber : Dakwah.info




Posted by nisagombak at 06:12 pm
Make a comment




003 - CERPEN HARI INI - Mujahidah Mencari Mujahid


Oleh: Seruan  

             Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… "Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…" 

Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu,  impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan?? Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?..

 

"Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya…." [33:4] 

Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah haprapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!! Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???…..

 

"Katakanlah, " Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya" dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik"…..[9:24] 

 Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??…sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???  

Ya Allah… Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah..sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah… Lihat sahaja isteri-isteri Nabi… Ummul-muslimin…Ummi-ummi kita…lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka… lihat sahaja ketabahan hati mereka… sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul…Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu "Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut'ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik" [33:28] 

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi??  

            Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu…. Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih…. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??…tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya…kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua…  Duhai hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan doamu… hari itu akan tiba jua…. pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak…. bersabarlah…..                                                                        

Sumber dari  Dakwah-Info




Posted by nisagombak at 11:54 am
Make a comment


The Wild Flower
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nisa' Gombak
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Terbuka kepada remaja dan dewasa berumur dari 13 hingga 40 tahun.
  • Hubungi kami - YM : nisagombak@yahoo.com
  • Ketua Nisa' Selangor - Alangwati ( 019-2416003)
  • Ketua Nisa' Gombak - Dr. Aslina ( 019-2284535)

    KATA HIKMAH


    Invite (all) unto the way of your Lord with wisdom and beautiful preaching, and reason with them in the best way…” (An-Nahl, 16:125)

    SENARAI AKTIVITI / ARTIKEL

  • - 001 - Aktiviti Small Kindness Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • - 002 - Nisa'
  • - 003 - Cerpen Hari Ini - Mujahidah Mencari Mujahid
  • - 004 - NISA' Bowling 2007 Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • - 005 - Cerpen Ramadhan
  • - 006 - Majlis Khatam Al-Quran Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • - 007 - Sajak : Pesan Terakhir oleh Sayid Qutb
  • - 008 - REVERTED STORY : Sister Anonymous
  • - 009 - Program KRIS
  • - 010 - SEGMEN RENUNGAN : Renungi Hijab Kita
  • - 011 - Converted To Islam
  • - 012 - SEGMEN TOKOH : Zainab Al-Ghazali
  • - 013 - KONVESYEN NISA' GOMBAK 2007

    DEMI MASA

  • In My Garden
    << October 2009 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03
    04 05 06 07 08 09 10
    11 12 13 14 15 16 17
    18 19 20 21 22 23 24
    25 26 27 28 29 30 31

    Daily Reads



    :: Selamat menyambut Ramadhan Kareem ~ Nisa' Gombak ::

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    :: Dikesempatan bulan Ramadhan yang mulia ini, Nisa' Gombak memohon sahabat-sahabat menghulurkan sumbangan untuk dana Nisa' Gombak bagi aktiviti-aktiviti Ramadhan seikhlasnya. Sumbangan boleh dibuat melalui akuan CIMB atas nama Nisa Educare Center 1241-0000065-10-0. ::


    MARI BERSOLAT



    VIDEO PILIHAN



    :: Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan artikel yang berkaitan sila emailkan artikel tersebut kepada nisagombak@yahoo.com ::

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    TAUTAN NISA'

  • Nisa' Malaysia
  • Nisa' Games 2007
  • Damai T.V
  • Nisa' Wilayah
  • Nisa' Melaka
  • Nisa' Terengganu
  • Nisa' Kelantan
  • Nisa' Shah Alam
  • Nisa' Batu
  • Nisa' Seremban
  • Nisa' Seremban
  • Nisa' Tawau




    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


    web stats



    Free Hit Counter



  • Tagboard
       
    Contact Me
    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:
    Credits
    Template: elementopia
    Image: image cafe
    Edited by:
    BLOGDRIVE
    TEMPLATES
    Elementopia : Wild Flower

    Blogdrive

    RSS Atom
    rss feed