Entry: SOAL JAWAB - Jan 4, 2008



 

nur_atikah  :  Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh, baru-baru ini saya ditegur oleh salah seorang kawan ketika saya dan beberapa sahabat yang lain sedang tekun membaca Al-Quran, memang tujuan kami membaca Al-Quran bersama-sama pada malam itu dengan tujuan untuk menghadiahkan pembacaan Al-Quran dan Tahlil ini kepada saudara-saudara kami yang telah meninggal dunia. Rakan saya ini menegur kami dengan mengatakan kami sedang melakukan bida'ah tanpa memberi nas-nas yang kukuh, namun katanya  para ulama' salaf tidak pernah melakukan seperti ini iaitu membaca Al-Quran untuk dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia. Saya dan sahabat yang lain tidak berapa setuju dengan pandagan beliau itu. Cuma di sini saya ingin bertanya kepada Nisa' Gombak mengenai pandangan ini. Di harap pandangan dari pihak Nisa' Gombak dapat terus meyakinkan saya tentang amalan yang sekian lama telah di adakan di Malaysia ini, Wassalam

 

JAWAPAN : Wa'alaikum assalam warahmatullah wabarakatuhu, terima kasih kepada nur atikah di atas email saudari. Persoalan yang diutarakan oleh saudari bukanlah persoalan baru. Masalah mengenai perkara ini telah lama di bincangkan oleh para ulama' dahulu dan ianya merupakan persoalan furu' dan tidak semua persoalan furu'iyyah yang tidak dilakukan oleh ulama' salaf itu haram hukumnya. Jika bertanya pihak nisa' gombak, kami berpegang kepada kata-kata Syeikh Ibn Al-Qayyim di kitab Al-Ruh mengatakan " Sesiapa yang berkata bahawa  tidak ada seorang pun ulama' salaf yang berkirim( menghadiahkan) doa kepada orang yang meninggal dunia maka pada hakikatnya dia tidak mempunyai pengetahuan sama sekali tentang perkara ini. Kerana siapakah yang akan tahu kiranya salah seorang dari ulama' salaf melaksanakan  amalan ini, hanya sahaja mereka tidak menghadiri perhimpunan untuk membaca doa bersama, hendaknya maklum untuk mengirim doa memandai dengan niat sahaja dan tujuan itu di ketahu oleh Allah s.w.t apatah lagi mengucapkan niat tidaklah menjadi sesuatu syarat. Ada lagi yang beranggapan bahawa amalan ini tidak terlihat diamalkan oleh ulama' salaf ialah mereka tidak pernah diketahui berhimpun membaca Al-Quran,mereka juga tidak pernah terlihat berjalan  menuju kubur dan membaca Al-Quran di tempat itu, mereka juga tidak pernah bersaksi untuk orang yang melakukan amalan ini bahawa pahala yang ia kirimkan akan samapai kepada orang yang ia maksudkan. Jawapan kepada orang yang beranggapan sebegini ialah ; Jika engkau ingin membuktikan bahawa salah seorang dari ulama salaf berkata " Ya Allah jadikanlah pahala puasa ini untuk si Fulan, maka tentu engkau tidak akan berjaya menjumpainya. Sesungguhnya mereka ( ulama' salaf ) adalah kaum yang selalu berusaha untuk menutupi segala bentuk kebaikan mereka dan mereka tidak akan menyaksikan diri kepada Allah s.w.t ( di hadapan manusia ) untuk memberikan pahala kebaikan mereka kepada saudara-saudara mereka yang telah meninggal dunia. "

Wallahualam....

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments