|
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuhu Bersua kita semula setelah agak lama nisa'gombak menyepi diri di blog ini. Kami memohon seribu kemaafaan kerana tidak dapat ' update ' kan blog ini. ini adalah disebabkan kekangan waktu dan juga kerja-kerja PRU 12 yang lalu membantutkan pihak nisa'gombak untuk melekat di sini. Tetapi inshallah nisa'gombak telah dan akan meneruskan aktiviti - aktiviti di tahun 2008 ini. Pihak nisa' gombak ingin sekali mengucapkan sekalung tahniah kepada yang berjaya di PRU 12 dan kejayaan anda adalah satu amanah berat yang perlu dipelihara dengan sebaiknya. Mandat besar yang diberikan oleh rakyat kepada anda merupakan satu kepercayaan rakyat untuk melihat perubahan yang lebih dinamik bagi negara kita yang tercinta. Inshallah tahun ini, nisa gombak akan menekan aktiviti motivasi remaja bagi membentuk remaja yang berwawasan dan cintakan agama. Kami sedang berusaha merekrut ahli-ahli baru. Kepada sesiapa yang berminat ingin menjadi sahabat kami sila emailkan nama, no telefon dan maklumat diri anda kepada nisagombak@yahoo.com. Kami amat mengalukan anda menjadi sahabat kami. Semoga ukhuwah terjalin akan membenihkan rahmat dan cinta dari Illahi. Wallaikum assalam...
|
| Leave a Comment: |